Tuesday 2 April 2013

Gadjet Si Hidroponik?

Assalammualaikum w.b.t.

Kami di Kazz Agro Valley ada menjual GADGET untuk tanaman hidroponik pada harga RM50.00 satu set!



HARGA SANGAT BERPATUTAN UNTUK PELABURAN YANG MENDATANGKAN KEUNTUNGAN BERLIPAT GANDA DALAM BIDANG PERTANIAN!


SATU SET TERMASUK :

Takung Hidroponik
(Tahan lebih 5 tahun)

Penutup Takung
(Tahan lebih 5 tahun)

Bakul Benang
(8 biji bakul media)


Baja Hidroponik

Cawan Penyukat


2 Jenis Biji Benih






Rasa mahal??
Tidak! tak mahal untuk kegunaan berpanjangan!


Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi :

No. Hp : 011-235 20050 (Call atau SMS)
No. Pej : 06-2695088 / 5085 / 5086 / 5090
Fax : 06-269 5087

*Kos Penghantaran ke alamat anda di charge RM20.00 untuk 1-6 set 
 manakala bagi mereka yang berdekatan alamat Blok A ,Kompleks Industri Bersepadu Duyong,
75460 Melaka,Malaysia boleh membuat pembelian secara terus dan langsung dengan pihak kami.



BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI HOBI BERSAMA SEISI KELUARGA!





Kazz Agro Valley


Latar Belakang Kazz Agro Valley

Pintu hadapan Kazz Agro Valley, Melaka
             
           Syarikat Kazz Agro Valley Sdn. Bhd. adalah satu-satunya syarikat milik bumiputera sepenuhnya.Sejarah pelopor hidroponik bermula sejak 15 tahun yang lalu dengan menjalankan kegiatan penyelidikan dan seterusnya merumus formula baja hidroponik pertama di Malaysia.Kini, aktivitinya bertumpu kepada pengeluaran dan pengedaran produk-produk pertanian yang dipelopori oleh Puan Khadijah Binti Surif dan Encik Ahmad Bin Haji Yahya.

       Pengalaman yang luas dalam bidang baja hidroponik banyak menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya terhasillah Baja Cecair Kazzponic yang terbukti berkesan dan menjimatkan.Trend penggunaan baja cecair adalah untuk pelbagai jenis tanaman telah menular dan popular serta mendapat sambutan yang menggalakkan untuk tanaman konvensional.  Seterusnya, syarikat Kazz Agro Valley telah menghasilkan konsep tanaman yang tidak memerlukan tanah tetapi hanya menggunakan media cecair yang mengandungi nutrient yang lengkap untuk tumbesaran pokok yang ditanam.

           Syarikat Kazz Agro Valley bercadang untuk melaksanakan dan mempraktikkan penanaman pegaga secara hidroponik kerana dengan konsep ini, Pegaga akan tumbuh dengan cepat dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi. Hasil yang diperolehi juga dijamin bersih dan bebas daripada sebarang racun dan makhluk perosak.Konsep ini tidak memerlukan tugasan merumpai, menyiram dan mencangkul.

            Syarikat Kazz Agro Valley telah menyatakan hasrat “KEMPEN MERAKYATKAN HIDROPONIK” di mana ia bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna untuk menanam sayuran yang bersih, suci dan segar untuk kegunaan sendiri di rumah atau di mana- mana walaupun hanya di kawasan yang sempit seperti di rumah apartment. Usaha-usaha yang dijalankan oleh Kazz ternyata memenuhi seruan kerajaan mengenai “Kempen Bumi Hijau” serta “Pertanian Adalah Perniagaan” yang dapat membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan bagi mengatasi kegawatan ekonomi yang dialami masa kini. 


Misi Kazz Agro Valley

  • Memberi peluang kepada usahawan-usahawan yang telah dilatih memiliki peluang perniagaan sendiri tanpa perlu mengambil risiko yang tinggi untuk memulakan perniagaan.
  • Mewujudkan rangkaian perniagaan yang kukuh, berkesan, berdaya maju dan berdaya saing di dalam dan di luar negeri.


Visi Kazz Agro Valley
  • Menjadi sebuah syarikat utama dalam melatih dan melahirkan seberapa ramai “usahawan cemerlang” yang memiliki ciri-ciri keusahawanan yang tulen dan jati diri melalui latihan bersistem yang telah terbukti berkesan.

  •  Bertekad untuk menjadi pengeluar utama alatan hidroponik, baja cecair dan  hidrokultur yang terbesar di Malaysia dan antarabangsa.

Komuniti Hijau Malaysia

Assalammualaikum w.b.t

       Blog ini adalah kepunyaan Kazz Agro Valley yang beroperasi dalam bidang pertanian.Kazz Agro Valley terletak di kawasan perindutrian kecil di kawasan Sungai Duyong, Melaka.Kazz Agro Valley menawarkan :


1- Peralatan untuk menanam tanaman secara kaedah hidroponik tanpa pam

2- Membekal rumah dan rak hidroponik domestik dan komersial

3- Memproses dan membekal baja hidroponik

4- Memberi seminar dan kursus hidroponik

5- Memberi latihan dan tunjuk ajar

6- Memberi khidmat latihan setelah jualan

7- Mengadakan promosi,pameran dan jualan

8- Melantik agen dan agen daerah

9- Memproses dan membekalkan baja cecair

10-Memproses dan membekal hydrokultur

11-Melahirkan usahawan dalam bentuk mentor-mentee :

  • Kazz Shoppe
  • Kazz Kiosk
  • Kazz Garden
  • Kazz Mobile